Skip Ribbon Commands
Skip to main content

/Slider_images/Welcome PSB_amended.jpg/Slider_images/Banner website_bukuV1.jpg/Slider_images/Galeri Pameran PSB.jpg

Sebut Harga Pendigitalan
​Sebut harga:
Membekal Perkhidmatan Pendigitalan Bahan Rekod Perpustakaan,
Pusat Sejarah Brunei,
Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan

Tarikh akhir: 06 November 2025, jam 2.00 petang

Info lebih lanjut, boleh tekan di sini.

Perasmian Mini Karnival Perpustakaan: Simposium Perpustakaan dan Pameran 2025


​​Selasa, 9 September 2025 – Pusat Sejarah Brunei (PSB) melalui Bahagian Perpustakaan dan Pembelajaran menganjurkan Mini Karnival Perpustakaan: Simposium Perpustakaan dan Pameran dengan tema “Melestarikan Khazanah Sejarah, Menjana Ilmu Masa Depan.” Hadir selaku Tetamu Kehormat Majlis dan seterusnya menyempurnakan Majlis Perasmian Mini Karnival Perpustakaan tersebut ialah Yang Mulia Dr Siti Norkhalbi binti Haji Wahsalfelah, Timbalan Setiausaha Tetap (Kebudayaan), Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan. Majlis berlangsung di Dewan Jawatan Dalam, PSB.​

There are no items to show in this view.

Pameran Warisan Kesultanan Brunei Sempena Hari Kebudayaan Antarabangsa 2025

​​​

Khamis, 9 Oktober 2025 - Pusat Sejarah Brunei menyertai pameran bersempena Hari Kebudayaan Antarabangsa bertempat di Dewan Serbaguna Universiti Teknologi Brunei. Pameran bertajuk “Warisan Kesultanan Brunei” mempamerkan pembentukan kebudayaan Brunei melalui perspektif sejarah di samping menganjurkan beberapa aktiviti seperti kuiz interakif sejarah.

Lawatan Sambil Belajar: Sekolah Seri Mulia Sarjana


​​Rabu, 8 Oktober 2025 - Pusat Sejarah menerima lawatan daripada 143 orang murid berserta guru Sekolah Seri Mulia Sarjana. Di samping lawatan, murid-murid berpeluang menyertai aktiviti “Lakastah Kenali Sejarah Kitani” kelolaan Bahagian Pameran dan Perkhidmatan yang diadakan di Dewan Jawatan Dalam, PSB.


Ceramah Khas Sempena Hari Perkhidmatan Awam Kali ke-32, Tahun 2025


Khamis, 2 Oktober 2025 - Sempena Sambutan Hari Perkhidmatan Awam Kali Ke-32 Tahun 2025, Pusat Sejarah Brunei (PSB) menganjurkan Ceramah Khas yang diadakan di Dewan Jawatan Dalam, PSB. Ceramah disampaikan oleh penceramah undangan, Yang Mulia Awang Mohammad Nasyith bin Superi, Pegawai Ugama, Pusat Da’wah Islamiah, Kementerian Hal Ehwal Ugama.

Lawatan Sambil Belajar: Sekolah Tinggi Arab Hassanal Bolkiah


​Rabu, 1 Oktober 2025 - Pusat Sejarah Brunei menerima lawatan sambil belajar daripada 51 orang murid berserta empat (4) orang tenaga pengajar dari Sekolah Tinggi Arab Hassanal Bolkiah (STAHB).