Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksNews

  
Description
Front page image
  
  
​Selasa, 2 Julai 2024 - Pusat Sejarah Brunei menerima lawatan seramai 15 orang daripada rombongan Dewan Perwakilan Rakyat Republik Indonesia (DPD RI). Rombongan diketuai oleh Komisaris Jenderal Polisi (Purn.) Dr. Made Mangku Pastika, M.M., anggota DPD RI Provinsi Bali.


Mengalu-alukan kehadiran rombongan ialah Yang Mulia Awang Mohammad Faisal bin Haji Mat Salleh , Pemangku Pengetua Pusat Sejarah Brunei.​


7/5/2024 10:43 AM
  

Selasa, 2 Julai 2024 - Sebagai usaha dalam menarik minat belia dan generasi muda dalam mencintai dan menghayati sejarah, Pusat Sejarah Brunei telah menganjurkan Pertandingan Pidato Sejarah Piala Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan Kali Ke-4 Tahun 2024, Peringkat Saringan.


Peringkat saringan berlangsung selama tiga (3) hari iaitu pada hari Selasa, Khamis dan Sabtu (2, 4 & 6 Julai 2024) di Dewan Jawatan Dalam, Pusat Sejarah Brunei.



7/5/2024 10:36 AM
  

Isnin, 1 Julai 2024 - Pegawai dan kakitangan Pusat Sejarah Brunei (PSB) telah menghadiri Taklimat Adat Istiadat yang diadakan di Dewan Jawatan Dalam, PSB bagi sesi pertama dan Bangunan Lapau, Jabatan Adat Istiadat Negara bagi sesi kedua.


Taklimat disampaikan oleh tiga orang pegawai Jabatan Adat Istiadat Negara (JAIN).



7/5/2024 10:27 AM
  

Isnin, 1 Julai 2024 - Pusat Sejarah Brunei menerima lawatan rasmi daripada Tuan Yang Terutama Laurence Bay, Pesuruhjaya Tinggi Singapura.


Hadir mengiringi dan mengalu-alukan lawatan ialah Awang Mohammad Faisal bin Haji Mat Salleh, Pemangku Timbalan Pengetua Pusat Sejarah Brunei.



7/1/2024 10:37 PM
  

Isnin, 1 Julai 2024 - Program Kembara Sejarah kendalian Pusat Sejarah Brunei telah diadakan pada pagi tadi di Dewan Al-Baraqah, Sekolah Rendah Kampong Mata-Mata, Gadong Kluster 3. Program ini merupakan antara aktiviti yang mengisi acara sekolah berkenaan yang bertemakan "Iski Beriadah Tiga Serumpun" sempena Sambutan Bulan Bahasa tahun 2024. 



7/1/2024 10:26 PM
  

Khamis, 27 Jun 2024 - Seramai 44 orang terdiri daripada penuntut Tahun 9 dan Tahun 10, guru pengawas dan kaunseling komiti dari Sekolah Menengah Sayyidina Hasan telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Pusat Sejarah Brunei. Lawatan adalah anjuran Biro Lawatan Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) Tahun 9 dan Tahun 10 sekolah berkenaan.

​​

7/1/2024 10:20 PM
  

​Khamis, 27 Jun 2024 - Pusat Sejarah Brunei menerima lawatan delegasi Inter-Parliamentary Cooperation House of Representatives of The Republic of Indonesia seramai 12 orang, yang diketuai oleh Dr. H. Fadli Zon, S.S., M.Sc., Ketua Badan Kerja Sama Antar Parlemen (BKSAP) Dewan Perwakilan Rakyat Republik Indonesia.


7/1/2024 10:16 PM
  

Rabu, 26 Jun 2024 - Seramai empat (4) orang kakitangan Pusat Sejarah Brunei menerima Pingat Kerja Lama (P.K.L) dalam Majlis Penyampaian Pengurniaan Pingat Kerja Lama (P.K.L) sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Ke-77 bagi tahun 2023. Majlis tersebut diadakan di Dewan Digadong, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.



7/1/2024 9:58 PM
  

​Rabu, 26 Jun 2024 - Pusat Sejarah Brunei menerima rombongan lawatan daripada Khidmat Perubatan dan Kesihatan, Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) iaitu seramai 71 orang yang terdiri daripada delegasi ASEAN Chiefs of Military Medicine (ACMMC), Ahli Jawatankuasa dan pegawai pengiring delegasi ACMMC.



7/1/2024 9:52 PM
  

Ahad, 23 Jun 2024 - Lawatan daripada Rombongan dari Persatuan PEMADAM Bintulu (Persatuan Membasmi Dadah) dan club Universiti Putra Malaysia, yang di bawa oleh MPK Lambak Kanan seramai 40 org. Tujuan lawatan adalah untuk megetahui tentang sejarah Negara Brunei Darussalam dan mengetahui tempat-tempat bersejarah yang terdapat di sekitar Bandar Seri Begawan.


7/1/2024 9:34 PM
  

Sabtu, 22 Jun 2024 - Guru-guru dan murid-murid tahun 5 dari Sekolah Rendah IQRA mengadakan lawatan sambil belajar ke Pusat Sejarah Brunei.

Rombongan dialu-alukan oleh Hajah Siti Aisah binti Pungut. Ketua Unit Pameran dan Lawatan.​



7/1/2024 9:23 PM
  

​Sabtu, 22 Jun 2024 - Pembentangan bagi Siri Arkeologi "Pameran Manik 1000 Tahun" sempena Hari Muzium Antarabangsa telah diadakan di Ruang Legar, Bangunan Muzium Maritim Brunei Darussalam, pukul 9.00 pagi.

Dua tajuk pembentangan iaitu "Teluk Brunei: Pusat Perdagangan Borneo" telah disampaikan oleh Dr. Haji Muhammad Hadi bin Muhammad Melayong, Pengetua Pusat Sejarah Brunei


​​

7/1/2024 9:13 PM
  

Khamis, 20 Jun 2024 - Pusat Sejarah Brunei melalui Bahagian Penyelidikan dan Dokumentasi telah melaksanakan Penyelidikan Sejarah Kampung Luagan Duduk, Daerah Tutong.

Seramai tiga orang pengkisah telah diwawancara dalam penyelidikan ini yang diadakan di Pusat Kemasyarakatan Kampung Luagan Duduk.



7/1/2024 9:03 PM
  

​Khamis, 20 Jun 2024 - Seramai 16 orang kakitangan Pusat Sejarah Brunei menerima agihan daging qurban semasa Majlis Ibadah Qurban Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan dan jabatan-jabatan di bawahnya bagi tahun 1445 Hijrah / 2024 Masihi.

Pengagihan daging qurban disampaikan oleh Yang Berhormat Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan; dan Setiausaha-Setiausaha Tetap kementerian berkenaan.


6/30/2024 6:17 PM
  

​Khamis, 20 Jun 2024 - Tuan Yang Terutama Luke Arnold, Pesuruhjaya Tinggi Australia telah mengadakan lawatan rasmi ke Pusat Sejarah Brunei.

Hadir mengiringi dan mengalu-alukan TYT ialah Dr. Haji Muhammad Hadi bin Muhammad Melayong, Pengetua Pusat Sejarah Brunei dan Awang Mohammad Faisal bin Haji Mat Salleh, Pemangku Timbalan Pengetua Pusat Sejarah Brunei.



6/30/2024 6:09 PM
  

​Selasa, 18 Jun 2024 - Guru-guru dan penuntut Young Adventure Club dari Sekolah Menengah Rimba II mengadakan lawatan sambil belajar hari ini.


6/30/2024 5:57 PM
  

Kementerian​ Kebudayaan, Belia dan Sukan dengan kerjasama Pusat Sejarah Brunei telah mengungkayahkan Bengkel Penggunaan Dron dan Videografi selama tiga hari bermula 12 hingga 15 Jun 2024 yang mana diadakan di Galeri Sejarah, Pusat Sejarah Brunei.



6/30/2024 5:50 PM
  

​Khamis, 13 Jun 2024 - Seramai 40 orang guru-guru matapelajaran Social Studies dari pelbagai sekolah mengadakan lawatan ke Pusat Sejarah Brunei. Rombongan dialu-alukan dan diberikan taklimat oleh Yang Mulia Awang Muhammad syahmi bin Halimshah, Pegawai Sejarah Kanan selaku Ketua Bahagian Perpustakaan dan Pembelajaran Pusat Sejarah Brunei.



6/30/2024 5:35 PM
  

​Rabu, 12 Jun 2024 - Pusat Sejarah Brunei petang hari ini menerima rombongan lawatan daripada mahasiswa dan mahasiswi Singapore Management University (SMU) yang menjalani Global Discovery Programme di negara ini. Turut mengiringi rombongan ialah Student Ambassador dari Universiti Brunei Darussalam (UBD).

Rombongan berpeluang mengetahui sejarah Brunei Darussalam melalui kunjungan ke galeri-galeri.



6/30/2024 5:13 PM
  

​Isnin, 10 Jun 2024​ - Majlis Pembukaan Bengkel Pidato Sejarah dihadiri oleh Dr. Haji Muhammad Hadi bin Muhammad Melayong, Pengetua Pusat Sejarah Brunei selaku tetamu khas. Seramai 49 peserta terdiri daripada golongan belia berumur 18 hingga 35 tahun; dan para pelajar Tahun 9, Tahun 10 dan Tahun 11 di sekolah-sekolah menengah kerajaan dan swasta di Negara Brunei Darussalam yang akan menyertai Pertandingan Pidato Sejarah Piala Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan kali ke-empat, tahun 2024 menghadiri bengkel ini.


​​

6/30/2024 4:57 PM
  

Jumaat, 07 Jun 2024​ - Program lawatan Konferensi Antarabangsa Islam Borneo (KAIB) ke-15 ke galeri-galeri pameran Pusat Sejarah Brunei berlangsung petang hari ini.

Program ini disertai oleh 80 orang delegasi KAIB XV.


​​

6/30/2024 4:42 PM
  

​Khamis, 06 Jun 2024 - Dr. Haji Muhammad Hadi bin Muhammad Melayong, Pengetua Pusat Sejarah Brunei menyampaikan kertas pembentangan yang bertajuk "Warisan Bangsa Brunei: Perspektif Sejarah" pada hari kedua Konferensi Antarabangsa Islam Borneo (KAIB) ke-15 bertempat di Dewan Muzakarah, Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas.


6/30/2024 4:30 PM
  

​Sabtu, 25 Mei 2024 - Seramai lima orang pegawai dan kakitangan dari Bahagian Pameran dan Perkhidmatan; Bahagian Penggambaran dan Reprographer; dan Bahagian Penerbitan dan Pemasaran Pusat Sejarah Brunei menghadiri Program Siri Arkeologi Pameran Manik: 1000 Tahun sempena Hari Muzium Antarabangsa yang bertempat di ruang legar Muzium Maritim Brunei Darussalam.


6/27/2024 9:04 PM
  

​Sabtu, 25 Mei 2024 - Pusat Sejarah Brunei pagi hari ini menerima rombongan lawatan sambil belajar daripada guru-guru dan murid tahun 2, Sekolah Persekutuan Guru-Guru Melayu Brunei (PGGMB), Sungai Akar.


6/27/2024 8:56 PM
  

​Rabu, 15 Mei 2024 - Pusat Sejarah Brunei dikunjungi oleh rombongan dari Akademi Pertahanan ABDB bersama dengan Comman and Staff Class 74 Philipiines Armed Forces.

Lawatan bertujuan sebagai salah satu rangka lawatan Philippines Armed Forces ke Akademi Pertahanan ABDB disamping memberi pendedahan tentang persejarahan Brunei dan falsafah Melayu Islam Beraja (MIB) kepada anggota tentera kedua-dua negara.



6/26/2024 10:34 PM
  

Sabtu, 18 Mei 2024 - Seramai 20 anggota Rejimen Pasukan Khas (RPK) Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) dan 29 anggota Royal Guard Special Forces (RGSF), Bahrain mengadakan lawatan ke galeri pameran Pusat Sejarah Brunei.

Tujuan lawatan adalah sebagai salah satu rangka lawatan bagi Eksesais Hamad Storm 2024 yang dikendalikan oleh ABDB bersama RGSF bertempat di Negara Brunei Darussalam.



6/26/2024 10:21 PM
  

Khamis, 16 Mei 2024 - Pusat Sejarah Brunei menyertai program Perjalanan Kebudayaan di Sekolah St Margaret's, Seria. Acara bertempat di dewan sekolah berkenaan.

Antara jabatan yang turut serta pada hari tersebut adalah Jabatan Muzium-Muzium Brunei; Dewan Bahasa dan Pustaka; Pusat Pembangunan Belia; dan Bahagian Kesenian dan Kebudayaan, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.​



6/26/2024 10:06 PM
  

​Isnin, 13 Mei 2024 ​- Pusat Sejarah Brunei turut serta memeriahkan Program Perjalanan Kebudayaan di Sekolah St. Andrew, Bandar Seri Begawan. Antara jabatan yang turut serta ialah Jabatan Muzium-Muzium Brunei, Dewan Bahasa & Pustaka, Pusat Pembangunan Belia dan Bahagian Kesenian dan Kebudayaan.


​​

6/16/2024 4:42 PM
  

​Isnin, 13 Mei 2024 - Seramai 11 orang mahasiswa dan mahasiswi daripada dua institusi pengajian tinggi, Universiti Brunei Darussalam (UBD) dan Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) telah melapor bagi Program Penempatan Kerja di Pusat Sejarah Brunei.


​​

6/16/2024 4:28 PM
  

​Sabtu, 11 Mei 2024 - Kembara Sejarah di Sekolah Menengah Awang Semaun sempena  Hari Buku dan Hakcipta sedunia anjuran Sekolah berkenaan.



5/24/2024 9:38 AM
1 - 30Next