Sabtu, 25 Julai 2026 – Pusat Sejarah Brunei telah menyertai Program Perjalanan Kebudayaan yang berlangsung di Dewan Serbaguna, Sekolah Menengah Sayyidina Ali, Kuala Belait. Program tersebut telah dihadiri oleh seramai 518 orang pelajar yang terdiri daripada pelajar Tahun 7, 8, 9, 10 dan 11.
Selain berpeluang melawat pameran-pameran yang diadakan, program ini turut dimeriahkan dengan pelbagai pengisian menarik, termasuk sesi bersama penulis serta penyertaan para pelajar dalam aktiviti seperti Kuiz Interaktif Sejarah, pengalaman Virtual Reality (VR) Sejarah, persembahan Senandung Gulintangan, Tarian Dundang-Dundang, dan Senam Tari.
Turut serta menjayakan program adalah daripada Bahagian Kebudayaan dan Kesenian, Jabatan Muzium-Muzium serta Dewan Bahasa dan Pustaka.
