Selasa, 29 September 2026 – Bengkel IFLA Impact Workshop: “Measurement, Evaluation, and Demonstrating Impact of Library Services” anjuran The Brunei Darussalam Library Association (BLA) berlangsung selama tiga hari, bermula Selasa, 29 September hingga Khamis, 1 Oktober 2026, bertempat di Dewan Jawatan Dalam dan Galeri Sejarah, Pusat Sejarah Brunei.
Majlis Perasmian bengkel berkenaan telah disempurnakan oleh Tetamu Kehormat Majlis, Dr. Siti Norkhalbi binti Haji Wahsalfelah, Timbalan Setiausaha Tetap (Kebudayaan), Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan. Tetamu Kehormat turut berkesempatan melawat ruang pameran yang mengetengahkan bahan dan perkhidmatan daripada para pempamer.
Majlis turut diselajurkan dengan penyampaian sijil penghargaan kepada fasilitator bengkel, Dr. Premila Gamage, serta para pempamer atas sumbangan dan sokongan dalam menjayakan bengkel berkenaan.


