Khamis, 30 Julai 2026 – Majlis Pembentangan dan Penyampaian Sijil Program Penempatan Kerja telah diadakan di Pusat Pengkajian Borneo (penBORNEO). Pembentangan latihan industri itu telah disampaikan oleh lapan (8) orang mahasiswa dan mahasiswi Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) yang telah menjalankan Program Penempatan Kerja di Pusat Sejarah Brunei dan penBORNEO.
Majlis turut diselajurkan dengan penyampaian sijil sebagai tanda penghargaan atas penyertaan para mahasiswa dan mahasiswi dalam program berkenaan.
