Selasa, 4 Ogos 2026 – Seramai 46 orang murid dari Sekolah Rendah Tanjong Kindana telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Pusat Sejarah Brunei. Lawatan tersebut turut disertai oleh empat orang guru pengiring dari sekolah berkenaan. Sepanjang lawatan, para murid berserta guru diberikan taklimat seterusnya berpeluang mengunjungi galeri pameran Pusat Sejarah Brunei.
