Sabtu, 27 Jun 2026 – Program Bicara Santai Borneo yang bertemakan “Signifikan Sejarah Borneo untuk Generasi Masa Depan” menampilkan dua ahli panel yang terdiri daripada graduan ijazah Sarjana Muda Pendidikan Islam dari Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB); dan graduan Sarjana Muda Sains Kewangan Islam dari Universiti Sultan Sharif Ali (UNISSA). Program ini merupakan salah satu program yang diadakan sempena Projek Borneo Pulau Bersejarah Kali Ke-2 Tahun 2026.

Program diadakan antara lain bertujuan memberi peluang kepada masyarakat, khususnya generasi muda, untuk mengenali serta menghayati keunikan sejarah Borneo melalui pendekatan interaktif yang lebih mudah dan menarik untuk difahami.