Terma & Syarat

Pemohon adalah dipelawa daripada syarikat-syarikat yang berdaftar di Negara Brunei Darussalam menurut Seksyen 16 dan 17 dari akta Nama-Nama Perniagaan.

DOKUMEN SEBUT HARGA

Dokumen Sebutharga boleh diperolehi dari Unit Kewangan, Bahagian Pentadbiran dan Pengurusan, Tingkat 2, Pusat Sejarah Brunei, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, Jalan Stoney/Jalan James Pearce, Bandar Seri Begawan, BS8610, Negara Brunei Darussalam pada waktu bekerja seperti berikut:

 

Hari Jam
Isnin hingga Khamis 8.00 pagi hingga 11.00 pagi 2 petang hingga 3.30 petang
Sabtu 8.00 pagi hingga 10.15 pagi Tutup

Bulan Ramadhan

Hari Jam
Isnin hingga Khamis 8.45 pagi hingga 12.30 tengah hari
Sabtu 8.45 pagi hingga 10.00 pagi

YURAN PENYERTAAN

Setiap borang akan dikenakan yuran penyertaan sebanyak lima ringgit Brunei sahaja (BND $5.00) dan tidak akan dikembalikan kepada syarikat / pembekal sama ada yang berjaya atau yang tidak berjaya setelah menghantar sebut harga yang sah (‘bona-fide quotation’).

PENGHANTARAN BORANG SEBUT HARGA

Setiap satu borang tawaran yang lengkap diisikan dan disertakan dengan dokumen-dokumen yang diperlukan hendaklah dimasukkan ke dalam satu sampul yang tertutup rapi dan menulis dengan jelas menyatakan Bilangan dan Tajuk Sebutharga serta tarikh tutup sebutharga tanpa menyatakan sebarang pengenalan atau identiti syarikat / pemborong dengan dialamatkan kepada:

Pengerusi Jawatankuasa Sebutharga,
Pusat Sejarah Brunei,
Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan
Jalan Stoney/Jalan James Pearce,
Bandar Seri Begawan, BS8610,
Negara Brunei Darussalam.

Tidak lewat dari pukul 2.00 petang pada tarikh tutup iklan. Sebut harga yang diterima lewat dari tarikh dan masa yang telah ditetapkan tidak akan dilayan.

PERINGATAN PENTING

Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam tidak akan semestinya menerima sebut harga rendah atau lain-lain harga.

2/MEI/2026/PSB/PD.575

MENCETAK, MEMBEKAL DAN MENGHANTAR BUKU, JURNAL DAN MAJALAH TERBITAN PUSAT SEJARAH BRUNEI, KEMENTERIAN KEBUDAYAAN, BELIA DAN SUKAN.

Untuk keterangan lanjut sila hubungi Pegawai Penerbitan di talian 2240166 smb. 336 atau 8145277 pada waktu bekerja sahaja.

1/JANUARI/2026/PSB/PD.575

 PENCETAKAN KAD JEMPUTAN DAN LAIN-LAIN KAD SAMBUTAN ULANG TAHUN HARI KEBANGSAAN, NEGARA BRUNEI DARUSSALAM KE-42, TAHUN 2026.

Untuk keterangan lanjut sila hubungi Pegawai Penerbitan di talian 2240166 smb. 336 atau 8145277 pada waktu bekerja sahaja.

11/DISEMBER/2025/PSB/PD.575

KURSUS PENGGUNAAN ARTIFICIAL INTELLIGENCE (A.I.) DALAM KERJA SEHARIAN PUSAT SEJARAH BRUNEI, KEMENTERIAN KEBUDAYAAN, BELIA DAN SUKAN

Untuk keterangan lanjut sila hubungi Pegawai Sejarah Kanan di talian 2240166 smb. 301 atau 8609258 pada waktu bekerja sahaja