Rabu, 22 Julai 2026 – Tiga orang pegawai dari Pusat Sejarah Brunei bersama-sama pegawai daripada Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS) telah menyertai Seminar anjuran Islamic World Educational, Scientific and Cultural Organization (ICESCO) yang bertajuk “Culture Smart City”.
Pusat Sejarah Brunei diwakili oleh Yang Mulia Dr. Awang Haji Muhammad Hadi bin Muhammad Melayong, Dayang Adibah binti Md. Jaafar dan Awang Mohamad Hazim bin Haji Hashim. Seminar tersebut telah disampaikan oleh Profesor Mohamed Amin Hammami, manakala selaku modetor ialah Ms. Chiraz El Fassi.
Program berkenaan diadakan secara dalam talian melalui aplikasi Zoom bermula pada pukul 5.00 petang hingga 6.30 petang.
