Isnin, 27 Julai 2026 – Pusat Sejarah Brunei, melalui Bahagian Perkhidmatan dan Pameran, telah menyertai pameran yang diadakan sempena Majlis Perasmian Logo Rasmi Masjid Omar ‘Ali Saifuddien dan Mahrajan sempena Ulang Tahun ke-68 Masjid Omar ‘Ali Saifuddien. Pameran tersebut berlangsung selama dua hari, bermula dari 27 hingga 28 Julai 2026.
Majlis diselajurkan dengan penyampaian cenderamata dan sijil penghargaan kepada para peserta pameran. Cenderamata dan sijil penyertaan telah disampaikan oleh Yang Berhormat Pengiran Dato Seri Setia Haji Mohammad Tashim bin Pengiran Haji Hassan kepadab Yang Mulia Dr. Awang Haji Muhammad Hadi bin Muhammad Melayong, Pengetua Pusat Sejarah Brunei.
