Selasa, 15 September 2026 – Pusat Sejarah Brunei melalui Program Perjalanan Kebudayaan telah menyertai pameran “Pantaran Kitani: Sustaining Heritage Through Education” (Memelihara Warisan Melalui Pendidikan) anjuran Institut Pendidikan Sultan Hassanal Bolkiah (SHBIE), Universiti Brunei Darussalam (UBD), dengan kerjasama Perpustakaan UBD. Pameran tersebut diadakan selama dua hari, bermula 15 hingga 16 September 2026, bertempat di Lobi Aras Bawah, Perpustakaan Universiti Brunei Darussalam (UBD).

Perasmian pameran telah disempurnakan oleh Timbalan Setiausaha Tetap, Kementerian Pendidikan, Dr. Eddy Fadzlin bin Haji Amdan, selaku Tetamu Kehormat.
Pameran tersebut turut diserikan dengan pelbagai aktiviti interaktif, antaranya E-Pameran, kuiz interaktif, jualan buku, sesi konsultasi bersama editor jurnal dan majalah, takapan, salasilah dan khat Jawi.
Pelbagai aktiviti tersebut dikendalikan oleh Bahagian Perkhidmatan dan Pameran, Bahagian Penyelidikan dan Dokumentasi, Bahagian Penerbitan dan Pemasaran serta Bahagian Pusat Pengkajian Borneo (penBORNEO).
