gov.bn A Brunei Darussalam Government Website
Text Size
Melayu | English
  • Mengenai Kami
    • Sejarah Ringkas
    • Struktur Organisasi
    • Tujuh Dasar Tujuan Penubuhan
    • Visi
    • Matlamat
    • Bidang-bidang Tugas Utama
  • Perkhidmatan
    • Bahagian Penyelidikan & Dokumentasi
    • Bahagian Penerbitan & Pemasaran
    • Bahagian Pusat Pengkajian Borneo (PenBorneo)
    • Bahagian Pameran & Perkhidmatan
    • Bahagian Perpustakaan & Pembelajaran
    • Bahagian Pentadbiran & Pengurusan
    • Bahagian Reprographer & Penggambaran
  • Kedai Buku
    • Cart
    • Checkout
  • Hubungi Kami
  • FAQ

Majlis Pelancaran Pameran Seni Uciran: Kenangan Dalam Warna

by Elbisaiful | 29-Sep-2026 | News | 0 comments


Isnin, 28 September 2026 – Pameran Seni Uciran: Kenangan Dalam Warna (Memories in Colour) anjuran Creative Space dengan sokongan Pusat Sejarah Brunei, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan telah dilancarkan di Dewan Jawatan Dalam, Pusat Sejarah Brunei.

Hadir selaku Tetamu Kehormat Majlis dan seterusnya menyempurnakan pelancaran ialah Yang Berhormat Pengiran Dato Seri Setia Shamhary bin Pengiran Dato Paduka Haji Mustapha, Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan. Majlis turut dihadiri oleh Setiausaha Tetap dan Timbalan Setiausaha Tetap, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.


Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh wakil Pelukis Uciran Calak Brunei, Yang Mulia Dato Paduka Awang Haji Haini bin Haji Hashim, diikuti persembahan deklamasi sajak, demonstrasi melukis dan lawatan ke pameran.

Sebanyak 35 buah lukisan hasil karya 10 orang pelukis tempatan dipamerkan kepada orang ramai mulai 28 September hingga 11 Oktober 2026 di Dewan Jawatan Dalam, Pusat Sejarah Brunei, Bandar Seri Begawan. Pameran dibuka pada Isnin hingga Khamis dan Sabtu, pukul 8.30 pagi hingga 4.15 petang, serta Ahad, pukul 9.00 pagi hingga 12.00 tengah hari.

Recent Posts

  • BLA Anjur Bengkel IFLA Impact Workshop 2026
  • UBD Healthy Fest 2026
  • Majlis Pelancaran Pameran Seni Uciran: Kenangan Dalam Warna
  • Kuliah “Pengaruh Luar Dalam Kebudayaan Melayu Brunei” Dedah Kefahaman Sejarah dan Budaya
  • Penyelidikan Sejarah Masjid Omar ‘Ali Saifuddien

Recent Comments

No comments to show.

CONTACT US

Kementerian Kebudayaan,
Belia dan Sukan
Jalan Stoney/Jalan James Pearce Bandar Seri Begawan BS 8610
Negara Brunei Darussalam
Telepon: 673- 2240166-9
Faks: 673-2241958

SUMBER

FAQS
Prayer Time
Feedback
Login Site (Admin)

IMPORTANT LINES

Ambulan: 991
Polis: 993
Bomba & Penyelamat: 995
Mencari & Menyelamat: 998
Talian Darussalam: 123
Talian Harapan: 145





Copyright Goverment of Brunei Darussalam. All Right Reserved.