
Sabtu, 8 Ogos 2026 – Seramai 45 orang guru, kakitangan dan murid Sekolah Sukan telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Pusat Sejarah Brunei. Rombongan lawatan diketuai oleh Yang Mulia Awang Haji Sahari bin Haji Abdul Rahman, Penyelia Pejabat Sekolah Sukan. Sepanjang lawatan, rombongan diberikan taklimat serta dibawa mengunjungi galeri-galeri pameran yang terdapat di Pusat Sejarah Brunei.
