Isnin, 3 Ogos 2026 – Rombongan keluarga Pengiran Abdul Razak bin Munap dari Sabah, Malaysia, yang terdiri daripada 30 orang ahli keluarga telah mengadakan lawatan rasmi ke Pusat Sejarah Brunei. Antara tujuan utama lawatan diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada generasi muda mengenai sejarah Kesultanan Brunei serta memupuk penghargaan terhadap warisan negara yang berteraskan falsafah Melayu Islam Beraja (MIB).
Sepanjang lawatan, rombongan berpeluang mengunjungi galeri pameran Pusat Sejarah Brunei dan menelusuri pelbagai bahan serta koleksi yang memaparkan sejarah, budaya dan perkembangan Kesultanan Brunei Darussalam.
