Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

Bicara Semarak Hari Kebangsaan

Pusat Sejarah Brunei, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan dengan kerjasama Kementerian Hal Ehwal Ugama menerusi Kolej Universiti Perguruan Ugama Islam Seri Begawan (KUPU SB) dan Jabatan Pengajian Islam dengan sokongan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri melalui Jabatan Daerah Tutong, Jabatan Daerah Temburong dan Jabatan Daerah Belait, menganjurkan forum Bicara Semarak Hari Kebangsaan sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam Ke-40. Tema forum ini ialah “Menghargai Perjuangan Generasi Tua ke arah Masa Depan yang Mampan dan Cemerlang'.

Bicara Semarak Hari Kebangsaan ini merupakan salah satu usaha Pusat Sejarah Brunei untuk membariga dan memasyarakatkan sejarah perjalanan pencapaian kemerdekaan negara serta peranan, perjuangan dan sumbangan generasi terdahulu dalam memastikan negara meraih kemerdekaan.​


Attachments
Created at 3/13/2024 5:44 PM by Elbi Saiful Razaimie Mohd Ali
Last modified at 3/13/2024 5:47 PM by Elbi Saiful Razaimie Mohd Ali