Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Taklimat Penyelidikan Sejarah
 
  

Sabtu, 03 Disember 2022 - Bahagian Penyelidikan dan Dokumentasi, Pusat Sejarah Brunei telah menganjurkan Taklimat Penyelidikan Sejarah mengenai Sejarah dan Lokasi Makam Sultan-Sultan Brunei; Kaedah Penyelidikan dan Penyusunan Salasilah.

Taklimat disampaikan oleh Awang Mohamad Hazim bin Haji Hashim, Kurator Sejarah dan Awang Mohammad Abdillah Solehan @ Mohammad Saifullah bin Haji Mohd Ya'akub, Penolong Pegawai Sejarah, Unit Salasilah, Bahagian Penyelidikan dan Dokumentasi.

Taklimat ini diadakan sempena Aktiviti Cuti Sekolah penggal ketiga tahun 2022 dan berlangsung di Galeri Sejarah, Pusat Sejarah Brunei.

Seramai 42 orang pegawai dan kakitangan dari Balai Khazanah Islam Sultan Haji Hassanal Bolkiah, Dewan Bahasa & Pustaka, Jabatan Muzium-Muzium, Bahagian Kebudayaan dan Kesenian, Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan, Pensyarah dan Pelajar-Pelajar daripada Politeknik Brunei (PB) telah menghadiri sesi taklimat ini.
Attachments
Created at 12/11/2022 10:30 AM by Elbi Saiful Razaimie Mohd Ali
Last modified at 12/11/2022 10:30 AM by Elbi Saiful Razaimie Mohd Ali