Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
PenBORNEO Anjur Program Riang Ria Kanak-Kanak



‚ÄčRabu, 30 Disember 2020 - Bagi menggalakkan kanak-kanak meminati sejarah dan memberigakan betapa pentingnya memelihara rekod sejarah, Bahagian Pusat Pengkajian Borneo (PenBORNEO), Pusat Sejarah Brunei hari ini mengadakan Program Riang Ria Kanak-Kanak @ PenBORNEO 2020 buat julung kalinya. Program ini berlangsung di bangunan PenBORNEO, Kampong Anggerek Desa, Berakas pada pagi hari ini bermula jam 8:00 pagi hingga 12:00 tengah hari dengan penyertaan terhad seramai 40 orang kanak-kanak terdiri daripada mereka yang berusia  antara 6 hingga 12 tahun sahaja.

Program ini diharap akan dapat menanamkan rasa semangat kenegaraan dikalangan kanak-kanak dan sekaligus mempromosi PenBORNEO sebagai pusat sumber dan rujukan sejarah Borneo.

Antara program yang diadakan ialah senamrobik, pertandingan kuiz dan riang ria sejarah, warna-warni sejarah, aktiviti peta dan aktiviti khat jawi.


      

Attachments
Created at 1/6/2021 12:06 PM by Elbi Saiful Razaimie Mohd Ali
Last modified at 1/6/2021 12:06 PM by Elbi Saiful Razaimie Mohd Ali