Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
Pusat Sejarah Brunei Sertai Majlis Khatam Quran Secara Strim

‚Äč


Khamis, 16 Julai 2020 - Sempena Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam yang ke-74 tahun, Pusat Sejarah Brunei turut serta memeriahkan Majlis Khatam Quran yang dikendalikan oleh Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.



Untuk paparan lebih jelas, sila buka imej pada tab baru


Majlis utama berlangsung di Dewan Digadong, bangunan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan dan disertai oleh jabatan-jabatan di bawah kementerian berkenaan dengan menggunakan kaedah strim secara langsung melalui perkhidmatan Microsoft Teams.


Majlis dimulakan dengan bacaan Suratul Fatihah yang dipimpin oleh Yang Berhormat Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin, Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan. Diikuti dengan bacaan surah-surah lazim bermula dari Surah Ad-Dhuha hingga Surah An-Naas, dikir marhaban, doa khatam, doa mohon perlindungan dari wabak Covid-19 dan doa peliharakan sultan dan Negara Brunei Darussalam.


     

Untuk paparan lebih jelas, sila buka imej pada tab baru

Attachments
Created at 7/20/2020 9:14 AM by Elbi Saiful Razaimie Mohd Ali
Last modified at 7/20/2020 9:28 AM by Elbi Saiful Razaimie Mohd Ali