Sabtu, 18 Oktober 2025 - Pusat Sejarah Brunei menerima lawatan sambil belajar daripada 72 orang murid berserta tujuh (7) orang guru dari Sekolah Rendah Rimba 1, Kluster 3.
Rombongan lawatan dialu-alukan oleh Pemangku Timbalan Pengetua Pusat Sejarah Brunei, Yang Mulia Awang Muhammad Faisal bin Haji Mat Salleh dan seterusnya mendengarkan taklimat mengenai fungsi dan peranan jabatan yang disampaikan oleh Ketua Unit Lawatan dan Pameran, Yang Mulia Dayang Hajah Siti Aisah binti Pungut.
Rombongan kemudiannya mengadakan lawatan ke galeri-galeri.