Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Ceramah Khas Sempena Hari Perkhidmatan Awam Kali ke-32, Tahun 2025

Khamis, 2 Oktober 2025 - Sempena Sambutan Hari Perkhidmatan Awam Kali Ke-32 Tahun 2025, Pusat Sejarah Brunei (PSB) menganjurkan Ceramah Khas yang diadakan di Dewan Jawatan Dalam, PSB. Ceramah disampaikan oleh penceramah undangan, Yang Mulia Awang Mohammad Nasyith bin Superi, Pegawai Ugama, Pusat Da’wah Islamiah, Kementerian Hal Ehwal Ugama.

Antara intipati ceramah yang bertajuk “Keseimbangan Ibadah dan Tugas Harian” ialah mengenai pekerjaan menurut pandangan Islam; bekerja merupakan satu ibadah; dan bekerja itu sama seperti orang yang memakmurkan bumi Allah Subhanahu wa Ta’ala.

Sijil dan cenderamata disampaikan oleh Pengetua Pusat Sejarah Brunei.



Attachments
Created at 11/23/2025 7:58 PM by elbisaiful.ali
Last modified at 11/23/2025 7:58 PM by elbisaiful.ali