Rabu, 1 Oktober 2025 - Pusat Sejarah Brunei menerima lawatan sambil belajar daripada 51 orang murid berserta empat (4) orang tenaga pengajar dari Sekolah Tinggi Arab Hassanal Bolkiah (STAHB).
Rombongan memulakan lawatan ke Makam Raja Ayang yang terletak berhadapan dengan Pejabat Besar Pos dan kemudiannya meneruskan lawatan ke galeri-galeri yang terdapat di Pusat Sejarah Brunei.