Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Majlis Penutup dan Penghargaan Mini Karnival Perpustakaan: Simposium Perpustakaan dan Pameran 2025


Khamis, 11 September 2025 - Mini Karnival Perpustakaan: Simposium Perpustakaan dan Pameran menutup tirai pagi tadi dengan Majlis Penutup dan Penghargaan yang berlangsung di Dewan Jawatan Dalam, PSB.

Bacaan Resolusi Simposium Perpustakaan 2025 hasil pembentangan 12 kertas kerja telah disampaikan oleh Yang Mulia Awang Muhammad Syahmi bin Halimshah, Ketua Bahagian Perpustakaan dan Pembelajaran, selaku Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Mini Karnival Perpustakaan 2025.

Hadir selaku Tetamu Khas Majlis, Yang Mulia Awang Suip bin Haji Abdul Wahab, Pemangku Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka, yang turut menyempurnakan penyerahan resolusi, penyampaian sijil dan cenderamata kepada para pembentang simposium, pempamer dan vendor Mini Karnival Perpustakaan. Manakala penyampaian cenderamata kepada Tetamu Khas Majlis disampaikan oleh Yang Mulia Awang Mohammad Faisal bin Haji Mat Salleh selaku Pengerusi Majlis.


​Sila buka imej pada tab baharu untuk paparan lebih jelas
   
   







Attachments
Created at 9/21/2025 9:45 PM by elbisaiful.ali
Last modified at 9/21/2025 9:45 PM by elbisaiful.ali