Selasa-Rabu, 9-10 September 2025 - Seramai 12 pembentang telah membentangkan kertas kerja dalam Simposium Perpustakaan sempena Mini Karnival Perpustakaan: Simposium Perpustakaan dan Pameran anjuran Pusat Sejarah Brunei (PSB).
Hari pertama simposium menampilkan tiga (3) buah pembentangan kertas kerja daripada Arkib Negara Malaysia, Universiti Teknologi Brunei (UTB) dan Pusat Sejarah Brunei (PSB).
Pada hari kedua pula menampilkan sembilan (9) buah pembentangan kertas kerja daripada Jabatan Muzium-Muzium (JMM), Persatuan Sejarah Brunei (PESEBAR), Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA), Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Pejabat Peguam Negara (PPN), Pusat Da’wah Islamiah (PDI), Perpustakaan Universiti Brunei Darussalam (UBD), Pusat Sejarah Brunei (PSB) dan Persatuan Perpustakaan Negara Brunei Darussalam (BLA).