Rabu, 19 Februari 2020 - Pusat Sejarah Brunei hari ini menerima 88 orang rombongan lawatan sambil belajar dari pelajar dan guru Sekolah Antarabangsa Brunei (ISB). Turut serta berangkat bersama rombongan ialah Yang Amat Mulia Pengiran Anak Raqeeqah Raayatul Bolqiah binti Pengiran Maharaja Setia Laila Diraja Sahibul Irshad Pengiran Anak Haji Abdul Rahim.
Rombongan diberikan taklimat mengenai sejarah ringkas jabatan oleh Pegawai Sejarah Kanan, Pengiran Hajah Mahani binti Pengiran Haji Ahmad.
Lawatan ke galeri-galeri telah dikendalikan oleh pegawai dan kakitangan Bahagian Pameran dan Perkhidmatan melalui Unit Lawatan dan Pameran. Manakala aktiviti Takapan Batu Nisan dan Penyusunan Salasilah dikendalikan oleh Bahagian Penyelidikan dan Dokumentasi serta Demonstrasi Khat Jawi dikendalikan oleh Unit Khat Jawi, Bahagian Pembelajaran dan Perpustakaan.