Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Kuliah "Sistem Pentadbiran Negara Brunei Darussalam" Bagi Modul Pengajian Melayu Islam Beraja


Selasa, 24 September 2024 - Pusat Sejarah Brunei telah diundang oleh Politeknik Brunei melalui anjuran Unit Pengajian Melayu Islam Beraja, Bahagian Pengajian Am (bagi modul GS1101) untuk menyampaikan kuliah bertajuk "Sistem Pentadbiran Negara Brunei Darussalam". Kuliah disampaikan oleh Awang Mohamad Hazim bin Haji Hashim, Kurator Sejarah.

Kuliah diadakan di Dewan Kuliah, Institut Sains Kesihatan Pengiran Anak Puteri Rashidah Sa'adatul Bolkiah (PAPRSB IHS), Universiti Brunei Darussalam (UBD) dan dihadiri oleh 185 orang pelajar Institut Sains Kesihatan, UBD berserta lima (5) orang pensyarah.







Attachments
Created at 11/15/2024 8:47 PM by Elbi Saiful Razaimie Mohd Ali
Last modified at 11/15/2024 8:48 PM by Elbi Saiful Razaimie Mohd Ali