Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Lawatan KAM, Masjid Sengkarai
 
 

Khamis, 24 Ogos 2023 - Lebih 20 orang yang terdiri daripada kanak-kanak dan belia Kelas Al-Quran dan Muqaddam (KAM), Masjid Pengiran Anak Haji Mohamed 'Alam, Kampong Sengkarai, Daerah Tutong mengadakan lawatan sambil belajar ke Pusat Sejarah Brunei sebagai program tambahan sempena cuti penggal persekolahan.

Rombongan dialu-alukan oleh Yang Mulia Hajah Siti Aisah binti Pungut, Pemangku Ketua Bahagian Pameran dan Perkhidmatan.

Rombongan berpeluang mengunjungi semua galeri PSB dengan dibantu oleh jurupandu, Yang Mulia Awang Mohamad Azlan bin Mohammad Hassan.

Disamping itu rombongan juga berkesempatan mengikuti beberapa aktiviti yang dikendalikan oleh Unit Pemuliharaan dan Epigrafi, Bahagian Penyelidikan dan Dokumentasi; Unit Salasilah, Bahagian Penyelidikan dan Dokumentasi; dan Unit Khat Jawi, Bahagian Perpustakaan dan Pembelajaran.

 
 

Demonstrasi teknik takapan batu nisan ditunjuk cara oleh Yang Mulia Awang Haji Noor Irwan bin Hj Osmar, Penolong Pegawai Sejarah Tingkat II; dan Yang Mulia Mohamad Helmi bin Awg Adi, Pembantu Penyelidik Sejarah. Peserta rombongan juga diberi cabaran untuk membaca inskripsi yang terdapat pada replika batu nisan.

Aktiviti Unit Salasilah yang diketuai oleh Yang Mulia Awang Mohammad Abdillah Solehan @ Mohammad Saifullah bin Haji Mohammad Ya'akob, Penolong Pegawai Sejarah Tingkat I memberi tunjuk ajar kepada peserta rombongan tatacara penyusunan salasilah keluarga sambil dibantu oleh Yang Mulia Pengiran Hajah Siti Saleha binti Pengiran Kamaluddin, Pekerja Tingkat Khas; dan Yang Mulia Nur Khairunisa Nazihah binti U’mar, Pembantu Penyelidik Sejarah. 

Manakala Yang Mulia Alomsa Nor Adzmin bin Haji Alli Omar, jurutulis khat jawi mempamerkan beberapa hasil seni penulisan khat jawi dalam pelbagai bentuk. Peserta rombongan tertarik dengan seni khat yang tidak hanya terhad kepada ayat-ayat suci Al-Quran dan dzikir, malah pelbagai perkataan juga boleh diolahkan kepada pelbagai bentuk ukiran mengikut kehendak.



Attachments
Created at 8/26/2023 6:30 AM by Elbi Saiful Razaimie Mohd Ali
Last modified at 8/26/2023 6:30 AM by Elbi Saiful Razaimie Mohd Ali