Selasa, 28 Februari 2023 - Pusat Sejarah Brunei (PSB) petang hari ini menerima lawatan sambil belajar daripada guru dan pelajar Maktab Sains Paduka Seri Begawan Sultan (MSPSBS). Rombongan ini berpeluang menimba pengetahuan mengenai sejarah negara melalui lawatan ke galeri-galeri PSB termasuk galeri berkala baharu, Pameran Tiga Dekad Negaraku Brunei Darussalam.
Rombongan juga berkesempatan untuk mengunjungi pameran khas koleksi setem lama sempena dengan program Bicara Sejarah: The Postal History in Brunei.