Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Bicara Sejarah: The Postal History of Brunei 1895-1988
Lebih banyak gambar 
di sini

Isnin, 27 Februari 2023 - Pusat Sejarah Brunei dengan kerjasama Persatuan Sejarah Brunei (PESEBAR) dan Persatuan Filateli Kebangsaan Negara Brunei Darussalam telah mengadakan Program Bicara Sejarah: The Postal History of Brunei 1895-1988 yang berlangsung di Dewan Jawatan Dalam, Pusat Sejarah Brunei. 

Program disampaikan oleh Puan Claire Scott, Fellow of the Royal Philatelic Society London selaku ahli panel dan dipengerusikan oleh Profesor Adjung Haji Mohd Rozan bin Dato Paduka Haji Mohd Yunos, Pemangku Yang Di-Pertua Persatuan Sejarah Brunei. 

Hadir selaku jemputan khas pada program tersebut ialah Pengiran Haji Mohd. Hasnan bin Pengiran Haji Ali Hassan, Setiausaha Tetap Kebudayaan, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, Tuan Yang Terutama John Virgoe, Pesuruhjaya Tinggi British ke Negara Brunei Darussalam, Dr Siti Norkhalbi binti Haji Wahsalfelah, Timbalan Setiausaha Tetap Kebudayaan, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, pegawai-pegawai kanan, pegawai-pegawai dan kakitangan kerajaan, mahasiswa dan mahasiswi institusi pengajian tinggi, para belia, Persatuan Filateli Kebangsaan Negara Brunei Darussalam, peminat dan pengumpul setem. 

Turut menyerikan program ialah Pameran Sejarah Setem Brunei bertempat di Galeri Sejarah, Pusat Sejarah Brunei. 

Program disertai oleh seramai 49 orang peserta.
Attachments
Created at 3/11/2023 10:11 PM by Elbi Saiful Razaimie Mohd Ali
Last modified at 3/11/2023 10:11 PM by Elbi Saiful Razaimie Mohd Ali