Sabtu, 31 Julai 2021 - Pusat Sejarah Brunei (PSB) sebagai jabatan di bawah Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan menyokong usaha ke arah mendukung Dasar Perubahan Iklim Kebangsaan Negara Brunei Darussalam. Sehubungan itu warga PSB memulakan kempen kebersihan dan penanaman pokok di ruang hadapan bangunan berkenaan.
Kempen penanaman pokok ini merupakan satu inisiatif ke arah mengurangkan jejak karbon terutama di bangunan-bangunan kerajaan.
Hadir bagi acara kempen ini ialah Timbalan Setiausaha Tetap (Kebudayaan), Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Mulia Dr Dayang Siti Norkhalbi binti Haji Wahsalfelah.
Buka imej pada TAB baru untuk paparan lebih jelas