Khamis, 23 Oktober 2025 - Pusat Sejarah Brunei (PSB) melalui Bahagian Penyelidikan dan Dokumentasi bersama Bahagian Pusat Pengkajian Borneo (penBorneo) menganjurkan Simposium Sejarah Ketamadunan Islam di Nusantara dengan tema “Tinggalan Sejarah Sumber Ketamadunan Islam Nusantara”.
Hadir selaku Tetamu Kehormat Majlis ialah Yang Mulia Profesor Madya Dr. Abdul Nasir bin Haji Abdul Rani, Ra’es Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan.
Ucapan alu-aluan telah disampaikan oleh Yang Mulia Awang Mohammad Faisal bin Haji Mat Salleh, Pemangku Timbalan Pengetua PSB. Manakala ucaptama simposium telah disampaikan oleh Yang Mulia Dr. Awang Haji Muhammad Hadi bin Muhammad Melayong, Pengetua PSB.
Sebanyak sembilan buah kertas kerja telah dibentangkan dalam simposium tersebut yang turut disertai oleh pembentang dari Malaysia dan Indonesia.