Skip Ribbon Commands
Skip to main content

/Slider_images/Welcome PSB_amended.jpg/Slider_images/Banner website_bukuV1.jpg/Slider_images/Galeri Pameran PSB.jpg

Sebut Harga Pendigitalan
​Sebut harga:
Membekal Perkhidmatan Pendigitalan Bahan Rekod Perpustakaan,
Pusat Sejarah Brunei,
Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan

Tarikh akhir: 06 November 2025, jam 2.00 petang

Info lebih lanjut, boleh tekan di sini.

Perasmian Mini Karnival Perpustakaan: Simposium Perpustakaan dan Pameran 2025


​​Selasa, 9 September 2025 – Pusat Sejarah Brunei (PSB) melalui Bahagian Perpustakaan dan Pembelajaran menganjurkan Mini Karnival Perpustakaan: Simposium Perpustakaan dan Pameran dengan tema “Melestarikan Khazanah Sejarah, Menjana Ilmu Masa Depan.” Hadir selaku Tetamu Kehormat Majlis dan seterusnya menyempurnakan Majlis Perasmian Mini Karnival Perpustakaan tersebut ialah Yang Mulia Dr Siti Norkhalbi binti Haji Wahsalfelah, Timbalan Setiausaha Tetap (Kebudayaan), Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan. Majlis berlangsung di Dewan Jawatan Dalam, PSB.​

There are no items to show in this view.

Persidangan khas Perkhidmatan Awam Kali ke-32 Sempena Hari Perkhidmatan Awam 2025


​​Selasa, 30 September 2025 - Seramai lima (5) orang pegawai daripada Pusat Sejarah Brunei telah menyertai dan menghadiri Persidangan Khas Perkhidmatan Awam kali ke-32 sempena Hari Perkhidmatan Awam 2025. Para pegawai turut menghadiri pembentangan bertajuk “Digital Transformation and Innovation based on Artificial Intelligence (AI) in the Public Service” yang berlangsung di Dewan Teater, Jabatan Perdana Menteri.


Taklimat Induksi Peraturan-Peraturan Am bagi Kakitangan PSB


​​Selasa, 30 September 2025 - Seramai 25 orang kakitangan Pusat Sejarah Brunei menghadiri Taklimat Induksi Peraturan-Peraturan Am kelolaan Pusat Sejarah Brunei melalui Bahagian Pentadbiran dan Pengurusan. Taklimat disampaikan oleh Awang Mohammad Nasrul Hafizan bin Mohd. Noor, Penolong Pentadbir PSB.

Lawatan Rombongan Daripada Maktab Duli PMAMB


​Sabtu, 27 September 2025 - Seramai 40 orang guru dan kakitangan Maktab Duli Pengiran Muda Al-Muhtadee Billah (MDPMAMB) telah mengadakan lawatan kerja ke Pusat Sejarah Brunei. Lawatan antara lain diisikan dengan sesi taklimat mengenai peranan dan tanggungjawab Pusat Sejarah Brunei; dan terbitan Pusat Sejarah Brunei. Rombongan seterusnya melawat ke galeri-galeri pameran dan kedai buku PSB.

Lawatan Kerja PPNBD ke PenBORNEO, PSB


​Selasa, 23 September 2025 - Seramai empat (4) ahli Persekutuan Pengakap Negara Brunei Darussalam (PPNBD) telah mengadakan lawatan kerja ke Bahagian Pusat Pengkajian Borneo (penBORNEO), PSB.