| 1. |
Mengadakan
penyelidikan dan pengumpulan bahan-bahan sumber
sejarah Brunei ke tempat-tempat yang dikenal
pasti dapat memberi maklumat
melalui pertukaran dan kerjasama dengan institusi-institusi
sejarah dalam dan luar negara. |
| 2. |
Meningkatkan
ilmu pengetahuan pegawai-pegawai dan kakitangan
yang berkebolehan dalam bidang sejarah dan tugas-tugas
khusus mereka serta memberikan
peluang untuk mereka berkursus melalui kemudahan-kemudahan
latihan yang dihulurkan pada masa ini. |
| 3. |
Memberikan
latihan dan tunjuk ajar kepada pegawai dan
kakitangan yang diperlukan oleh PSB
dengan mendatangkan pakar. |
| 4. |
Mengadakan
usaha-usaha berkesan untuk mengawal dan membetulkan
penyelewengan penulisan sejarah Brunei supaya selaras dengan aspirasi negara
(Brunei-sentrik).. |
| 5. |
Merancang
dan mengenal pasti keperluan Sumber Tenaga
Manusia (HRD) yang masih kurang dalam bidang-bidang
khusus dengan sejarah dan kerja-kerja yang
berkaitan dengannya bagi menangani dasar penubuhan
PSB. |
| 6. |
Mengadakan
kemudahan Teknologi Maklumat (IT) secara berperingkat-peringkat
bagi keperluan perhubungan penyelidikan dengan
luar negara; kemudahan bagi para penyelidik; dan
penyimpanan bahan-bahan sejarah, dokumen-dokumen,
salasilah, data-data dan rekod sumber yang
teratur secara berkomputer supaya mudah dirujuk. |
| 7. |
Mengadakan
usaha-usaha yang berterusan bagi mengumpul
dan menyelidik bahan-bahan sejarah Brunei
di dalam dan di luar negara untuk dijadikan
sebagai
bahan sumber penyelidikan dan penulisan. |
| 8. |
Mengadakan
peraduan menulis rencana./buku bagi memperbanyakkan
sumber rujukan dan sebagai dorongan kepada
orang ramai untuk sama-sama meminati bidang
pengkajian sejarah tempatan. |
|
9. |
Mengadakan
projek/kegiatan seperti ceramah, seminar,
forum, kursus atau bengkel yang berkaitan
dengan persejarahan Brunei. |
| 10. |
Mengadakan
pameran kekal, berkala dan bergerak mengenai persejarahan
Brunei. |
| 11. |
Menerbitkan
hasil-hasil penulisan (dalam bahasa Melayu,
Inggeris dan lain-lain) mengenai persejarahan
Brunei dalam bentuk buku, Jurnal, majalah
dan risalah untuk pemberigaan maklumat, rujukan
dan pemasaran. |
| 12. |
Memperlbagaikan sumber, termasuk gambar-gambar
peristiwa dan tempat bersejarahan dalam bentuk
digital. |
| 13. |
Meluaskan
keahlian PSB dengan badan
atau organisasi di peringkat serantau dan
antarabangsa. |
| |
|