|
|
 |
 |
 |
| |
Pusat
Sejarah ditubuhkan pada 26 Januari 1982 atas titah
perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri
Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei
Darussalam melalui Memorandum Menteri Besar Brunei,
Bilangan : SUK.06/84/92 bertarikh 26 Januari 1982;
Memorandum Pusat Sejarah, Bilangan: 6/PSB/KT.1/82
bertarikh 4 Februari 1982; dan Memorandum Setiausaha
Kerajaan Brunei, Bilangan: (19) SUK.06/95/82 bertarikh
20 April 1982. |
| |
 Sebagai
sebuah institusi dan jabatan kerajaan, penubuhannya
dihasratkan untuk menjadi pusat sumber yang menangani
dan mengendalikan penyelidikan, pengkajian, pengumpulan,
pendokumentasian, penerbitan dan pameran tentang
persejarahan Negara Brunei Darussalam. Bermula pada
1 Januari 1984, jabatan ini diletakkan di bawah
Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, iaitu sejurus
selepas Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri
Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei
Darussalam melafazkan titah pemasyhuran kemerdekaan
dan pembentukan kementerian-kementerian bagi Negara
Brunei Darussalam. |
| |
 Pada
awal penubuhannya, Jabatan ini berpejabat sementara
di bangunan Dewan Bahasa dan Pustaka dengan keramaian
8 orang pegawai dan kakitangan. Pada tahun 1985
penempatan jabatan ini dipindahkan pula ke bekas
bangunan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, Jalan Stoney,
Bandar Seri Begawan. Pada tahun 1987, Jabatan ini
berpindah ke bangunannya sendiri yang ada sekarang.
Majlis Pembukaan Rasminya telah disempurnakan oleh
Yang Berhormat Pehin Jawatan Luar Pekerma Raja Dato
Seri Paduka Haji Awang Hussein bin Pehin Orang Kaya
Di-Gadong Seri Diraja Dato Utama Haji Awang Mohd.
Yusof, Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan pada
7 Rejab 1408 bersamaan 25 Februari 1988. |
| |
| |
| |
|