 |
 |
| |
Perkhidmatan
dan Kemudahan Rujukan |
|
| |
Perpustakaan
& Rekod - Pusat Sejarah mengalu-alukan kepada
sesiapa sahaja untuk membuat penyelidikan dan rujukan
ke Perpustakaan dan Rekod. Mereka perlu memohon
kebenaran bertulis kepada Pengetua Pusat Sejarah. |
| |
Kemudahan
merujuk seperti alat pembaca mikrofilem dan alat
pandang dengar ada disediakan. |
|
| |
Salinan
Foto (Gambar-Gambar) - Permohonan bagi mendapatkan
salinan foto (gambar-gambar) boleh disediakan tertakluk
kepada Pengetua Pusat Sejarah dengan syarat semua
kos pembiayaannya akan ditanggung oleh pemohon. |
|
| |
Pameran
Bergerak - Permohonan bagi mengadakan pameran
dan perkhidmatan dalam hal-hal pameran hendaklah
menghadapkannya kepada Pengetua Pusat Sejarah tidak
kurang daripada tiga bulan sebelum tarikh pameran
berkenaan diadakan. |
|
| |
Lawatan
- Orang ramai dialu-alukan untuk melawat ke Pameran
Pusat Sejarah pada waktu-waktu pejabat. Permohonan
bagi mengadakan lawatan rasmi hendaklah dihadapkan
kepada Pengetua Pusat Sejarah Brunei. |
|
| |
| Kedai
Buku - Kedai buku Pusat Sejarah menjual
bahan-bahan terbitan Jabatan dalam bentuk buku,
jurnal, dan majalah. Waktu perniagaan adalah pada
waktu-waktu pejabat. |
| |
|
Borang-Borang
- Sila klik senarai
Borang PDF Permohonan dan Pendaftaran
bagi
perkhidmatan-pekhidmatan yang disediakan. |
| |
Untuk Maklumat Lanjut
Sila hubungi:
Bahagian Perkembangan dan Pembelajaran
Pusat Sejarah Brunei BS 8610
Bandar Seri Begawan
Brunei Darussalam
Telepoh: 673-2240166-9
E-Mel: pusat@brunet.bn
or sejarah@brunet.bn
and info@pusat-sejarah.gov.bn |
|
|
|
|