|
|
 |
 |
 |
| |
| Dewan Pameran Sejarah |
|
Bangunan
Dewan Pameran Sejarah merupakan bekas Lapau lama
yang telah didirikan dalam zaman pemerintahan Al-Marhum
Sultan Haji Sir Omar 'Ali Saifuddien Sa`adul Khairi
Waddien. Bangunan ini telah digunakan bukan sahaja
sebagai tempat permesyuaratan Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat
Negeri, bahkan juga untuk kegunaan rasmi dan majlis-majlis
beristiadat. Antaranya ialah Perpustakaan Al-Marhum
Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa`adul Khairi
Waddien pada 31 Mei 1951 menjadi Sultan Brunei yang
ke-28. Dan Majlis Menandatangani Perlembangaan Bertulis
Negeri Brunei pada 29hb September 1959. |
|
Bangunan
Lapau lama ini pernah digunakan oleh Pejabat Hal
Ehwal Ugama dan Mahkamah. Dan kemudian baharulah
bangunan Lapau ini dijadikan Dewan Pameran Sejarah
tanpa ada sebarang pengubahsuaian terhadap bentuk
fizikal asalnya. |
| |
| Kawasan Pameran |
|
| Bahan-bahan
yang dipamerkan di Dewan ini terdiri daripada replika
batu-batu nisan, gambar-gambar, ilustrasi, carta
salasilah dan dokumen-dokumen. Ianya boleh dikunjungi
oleh orang ramai. Kawasan pameran Sejarah di Dewan
ini terbahagi kepada lima: |
| |
|
 |
Kawasan
1 mempamerkan Batu Tarsilah yang menyuratkan
Salasilah Raja-Raja Brunei iaitu daripada Awang
Alak Betatar, Raja yang mula-mula memeluk agama
Islam (TM 1368) hinggalah kepada Sultan Muhammad
Tajuddin (Sultan Brunei Ke-19, memerintah antara
TM 1795-1804 dan TM 1804-1807). |
| |
|
 |
Kawasan
2 mempamerkan sejarah awal Brunei. Brunei
adalah sebuah negara tua di Alam Melayu. Kewujudan
Brunei Tua ini boleh didapati berdasarkan
kepada catatan Arab, China dan tradisi lisan.
Dalam catatan Sejarah China dikenali dengan
nama Po-li, Po-lo, Poni atau Puni dan Bunlai.
Dalam catatan Arab pula di kenali dengan Dzabaj
atau Randj.
Catatan
tradisi lisan daripada Syair Awang Semaun
menyebutkan Brunei berasal daripada perkataan
'baru nah' iaitu setelah rombongan puak Sakai
diketuai oleh Pateh Berbai pergi ke Sungai
Brunei mencari tempat untuk berbuat negeri
baharu. Mendapati kawasan tersebut kedudukannya
sangat strategi iaitu diapit oleh bukit, air
, mudah didapati dan ikan pun banyak di sungai,
maka mereka pun melafazkan perkataan 'baru
nah' yang bererti tempat itu sangat baik,
berkenan dan sesuai di hati mereka untuk berbuat
negeri seperti yang mereka hajati. Kemudian
perkataan 'baru nah' itu lama kelamaan berubah
menjadi Brunei. |
| |
|
 |
Kawasan
3 mempamerkan mengenai kesan-kesan Islam
di Brunei. Replika stupa menjelaskan bahawa
agama Hindu-Buddha pada suatu masa dahulu pernah
dianuti oleh orang Brunei. Sebab telah teradat
kepada pengembang-pengembang agama tersebut,
apabila mereka sampai sahaja di sesuatu tempat
itu, mereka akan mendirikan stupa sebagai tanda
serta pemberitahuan mengenai kedatangan mereka
untuk mengembangkan agama tersebut di tempat
itu. Replika batu nisan P'u Kung Chih Mu, batu
nisan Rokayah binti Sultan Abdul Majid ibni
Hasan ibni Muhammad Shah Al-Sultan, dan batu
nisan Sayid Alwi Ba-Faqih (Mufaqih) pula menggambarkan
mengenai kedatangan agama Islam di Brunei yang
dibawa oleh peniaga-peniaga dan mubaligh-mubaliqh
Islam, sehingga agama Islam itu berpengaruh
dan mendapat tempat di hati nurani penduduk
tempatan dan keluarga Diraja Brunei. |
| |
|
 |
Kawasan
4 mempamerkan mengenai kesan-kesan zaman
kegemilangan Sultan-Sultan Brunei dan kedatangan
orang-orang Barat di Brunei. Bahan-bahan seperti
gambar-gambar, salinan dokumen-dokumen, manuskrip-manuskrip,
surat-surat perjanjian, amanah, peta-peta dan
objek batu-batu nisan dipamekaan di kawasan
ini. |
| |
|
| |
Kawasan
5 pula mempamerkan mengenai zaman pembangunan
dan era kemerdekaan Negara Brunei Darussalam.
Selain pameran tersebut, dipamerkan juga (di
kawasan 2 & 3 ) Salasilah Sultan-Sultan
yang memerintah Brunei serta Salasilah Sultan-Sultan
Brunei dan hubungannya dengan Raja-Raja di
Alam Melayu. Turut dipamerkan (di kawasan
4 ) ialah Salasilah Sultan Sharif Ali,
replika Patrana dan gambar-gambar peristiwa
bersejarah di Bangunan Lapau lama. |
|
| |
| Waktu Melawat |
| |
|
Masuk
ke Dewan Pameran Sejarah adalah Percuma dan waktu
melawat adalah seperti berikut:
Isnin - Khamis & Sabtu
9.00 pagi hingga 12.00 Tengahari
1.30 pagi hingga 4.30 petang.
Tutup
Jumaat & Ahad
Hari Kelepasan Awam. |
| |
| |
| |
|