 Negara
Brunei Darussalam antara negara tua di rantau ini
yang mempunyai sejarah yang banyak tetapi belum
rapus diketahui dan ditulis kerana kekurangan data
atau bahan rujukan utama, terutama dalam period
sebelum K.M. XVIII. Namun demikian, tinggalan-tinggalan
lama yang lama ada seperti monument, artifak, matawang,
dokumen, salasilah, manuskrip dan tradisi lisan
sedikit sebanyak telah dapat memberikan informasi
dan gambaran masa lalu itu.
Buku Tarsilah Brunei: Sejarah Awal
dan Perkembangan Islam ini adalah hasil penyelidikan
sejarah Brunei yang diusahakan oleh penulisnya yang
dipisi daripada sumber dan informasi yang disebutkan.
Jilid pertama cetakan kedua ini merangkumi hasil
penemuan daripada penyelidikan yang telah dijalankan
oleh penulis sejak tahun 1990. Ia juga telah disunting
dan dikemaskinikan, mengandungi hujah-hujah dan
kesimpulan yang mungkin berbeza daripada cetakan
pertama.
Bab pertama buku ini menghuraikan
sejarah awal dan asal usu nama Brunei, kedudukan
geografinya serta hubungannya dengan negara-negara
persekitarannya. Bab kedua menghuraikan asal usul
Raja-Raja Brunei dan hubungan kekeluargaannya dengan
Raja-Raja di rantau Alam Melayu. Bab ketiga pula,
di samping menghuraikan mengenai kedatangan Islam
ke Nusantara dan negeri yang awal menerima kedatangan
Islam, juga menghuraikan tentang tarikh awal Brunei
menerima Islam dan peranannya dalam penyebaran Islam.
Manakala Bab keempat menghuraikan Salasilah Sultan
Sharif Ali pancir keturunan daripada Nabi Muhammad
Sallallahu Alaihi wa Sallam yang terkenal dengan
nama Sultan Berkat dating ke Brunei dan peranan
baginda dalam membangun Brunei khususnya dalam pemerintahyan
dan penyebaran Islam di Brunei.
Dengan terbitnya buku ini, adalah
diharapkan ianya dapat menyingkap dan memperluaskan
bidang pengkajian sejarah Brunei bukan sahaja untuk
kegunaan tempatan, malahan juga digunakan sebagai
bahan rujukan bagi sejarawan-sejarawan dan pengkaji-pengkaji
sejarah dari luar negara yang berminat dalam menyelidik
mengenai kesultanan Brunei. |