Buku
Liku-Liku Perjuangan Pencapaian Kemerdekaan Negara
Brunei Darussalam ini disusun untuk menggambarakan
keadaan Brunei zaman lampau dan perakara-perkara yang
berlaku dalam jangka waktunya termasuk hal-ehwal negara-negara
yang mempunyai hubungan dengannya supaya dapat diketahui
yang mempunyai hubungan dengannya supaya dapat diketahui
dan difahami selok-belok perkara yang berlaku itu
menurut kefahaman sebenarnya termasuk nilai harga
usaha perjuangan yang telah disumbangkan oleh datuk-nenek
kita dalam pencapaian kemerdekaan Negara Brunei Darussalam.
Mukadimah buku ini menyorot secara ringkas sejarah
Brunei sejak K.M. VI hingga penandatangan Perjanjian
1906 sebagai titik tolak kea rah pencapaian kemerdekaan
Negara Brunei Darussalam yang dimasyhurkan pada
11 Januari 1984. Diikuti bab pertama yang mendedahkan
sejarah awal kebangkitan semangat nasionalisma anak
jati Brunei dalam mempertahankan kedaulatan raja,
agama, bangsa dan tanah air. Bab kedua membicarakan
mengenai kepimpinan Kebawah Duli Yang Maha Mulia
Paduka Seri Baginda Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien
Sa'adul Khairi Waddien dalam membangun Brunei dan
seterusnya penglibatan baginda dalam pencapaian
kemerdekaan Negara Brunei Darussalam.
Bab ketiga menghuraikan tentang penubuhan Perlembagaan
Bertulis Negeri Brunei 1959 serta cabaran dan rintangna
yang dihadapinya. Seterusnya bab keempat mendedahkan
peristiwa berdarah yang mengorbankan banyak jiwa
oleh mereka yang dikenali sebagai TNKU alias PRB.
Bab kelima pula, membicarakan mengenai persediaan
Brunei mengharungi era kemerdekaan, pemasyhuran
kemerdekaan dan penggambungan Negara Burnei Darussalam
dengan pertubuhan-pertubuhan antarabangsa.
Maka sesuai dengan sifatnya sebagai bahan bacaan atau
rujukan umum, penulisan buku ini menghaapkan ilmuan
dan peminat sejarah tanah air bekerjasama meneliti,
menyelidik, membahas dan menulis untuk melahirkan
fakta sejarah yang sahih dan tulen bagi faedah rujukan
dan pembelajaran yang baik kepada yang berkenaan mengenai
persejarahan Brunei Darussalam. |