The Government of Brunei Darussalam
Bahagian Pentadbiran dan Pengurusan
Bahagian Penyelidikan dan Dokumentasi
Bahagian Penerbitan
Bahagian Sumber
Bahagian Perkhidmatan
Bahagian Penggambaran & Reprograper
Bahagian Perkembangan dan Pembelajaran
 
 
Bahagian Sumber
Bahagian ini terbahagi kepada empat unit iaitu Unit Rekod, Unit Penjilidan dan Pemuliharaan, Unit Perpustakaan, Bahagian ini diketuai oleh Pegawai Sejarah.

Matlamat
Menjadikan Bahagian Sumber sebagai pusat pengumpulan dan penyimpanan semua bahan dan dokumen sejarah Brunei dan yang berkaitan dengannya.
Objektif
Mengumpul, memilih, menyenarai dan menyalin semula bahan-bahan sejarah untuk rekod dan rujukan.
Memberi perkhidmatan rujukan untuk para penyelidik dan orang ramai.
Mengusahakan kemudahan rujukan yang cepat dan bersistem.
Mengumpul bahan-bahan persejarahan Brunei dari apa jua sumber yang boleh didapati.
Melakukan penggambaran video dan kamera pegun (still) semua tempat dan upacara yang berunsur sejarah serta orang-orang tertentu.
Membuat rakaman kaset semua peristiwa dan upacara yang berunsur sejarah yang berlaku di dalam dan di luar negeri serta yang disiarkan dalam Radio dan Televisyen.

 
Fungsi
 
Unit Perpustakaan
Merupakan 'Perpustakaan Khusus' (In-House Library) yang memberikan kemudahan rujukan kepada pegawai-pegawai dan kakitangan jabatan ini. Penyelidik luar juga diterima tertakluk kepada kebenaran daripada Pengetua Pusat Sejarah.
   
   
Unit Rekod

Bertanggungjawab mengumpul, menyimpan bahan-bahan persejarahan Brunei dari apa jua sumber yang boleh didapati, menyenarai dan menyalin semula bahan-bahan yang berunsur sejarah.

   
   
Unit Pemuliharaan dan Penjilidan

Bertanggungjawab memelihara dan membaik pulih bahan-bahan rujukan atau buku serta bahan yang lain di jabatan ini, memberi perkhidmatan penjilidan dan pembaikan semula di samping menyediakan keperluan lain yang berkaitan dengan kerja-kerja pemeliharaan.