The Government of Brunei Darussalam
 
Bahagian Pentadbiran dan Pengurusan
Bahagian Penyelidikan dan Dokumentasi
Bahagian Penerbitan
Bahagian Sumber
Bahagian Perkhidmatan
Bahagian Penggambaran dan Reprographer
Bahagian Perkembangan dan Pembelajaran
 
 

Bahagian Penyelidikan dan Dokumentasi
Bahagian Penyelidikan dan Dokumentasi dibahagikan kepada lima unit iaitu Unit Salasilah; Unit Sejarah dan Tokoh Tempatan; Unit Takapan & Pemuliharaan; Unit Institusi & Monumen; dan Unit Dokumentasi

 

1. Unit Salasilah

Mengusahakan penyelidikan, penyusunan, pendokumentasian serta pengkajian salasilah Sultan-Sultan dan Kerabat Diraja, Pengiran-Pengiran Peranakan, Pembesar-Pembesar Negara, Orang-Orang Bergelar dan Orang-Orang Kenamaan dan Perwira-Perwira dalam Negara Brunei Darussalam, dan hubungan Brunei dengan negara-negara di Alam Melayu

   
2. Unit Sejarah Tempatan dan Warisan

Menyelidik segala bentuk sumber sejarah lisan dan tradisi lisan tentang persejarahan dan peristiwa-peristiwa bersejarah di Negara Brunei termasuk sejarah mukim dan kampong; sejarah am Brunei; sejarah sosiobudaya; sejarah sosioekonomi; prasarana; tempat-tempat bersejarah; kesan tapak-tapak bersejarah; dan cerita rakyat.

   
   
3. Unit Tokoh

Menyelidik, mengumpul, menyusun dan mendokumentasi biodata tokoh-tokoh di Negara Brunei Darussalam yang terdiri daripada Sultan, keluarga dan kerabat diraja; pembesar-pembesar negara; orang-orang kenamaan; orang-orang bergelar; perwira-perwira; menteri-menteri, timbalan-timbalan menteri, setiausaha-setiusaha tetap, timbalan-timbalan setiausaha tetap dan ketua-ketua jabatan serta penerima-penerima anugerah dan tokoh-tokoh negara yang lain.
 
 
   
   
4. Unit Epigrafi dan Takapan
Mengusahakan takapan dan salinan (casting) batu nisan dan batu bersurat unutk mengumpul maklumat mengenai persejarahananya
Mengumpul dan mendokumentasi maklumat persejarahannya untuk pengkajian dan penulisan serta menulis hasil penyelidikan atau kajian untuk terbitan
   
5. Unit Institusi dan Monumen
Mengusahakan penyelidikan, pengumpulan dan pendokumentasian bahan-bahan institusi yang mempunyai kepentingan sejarah di Negara Brunei Darussalam mengenai kementerian; jabatan kerajaan; masjid; surau; balai ibadat; universiti; maktab; vokasional dan sekolah-sekolah Melayu, Inggeris, Ugama, Arab kerajaan dan swasta; persatuan; pertubuhan; kelab; koperasi dan bank.
Mengusahakan penyelidikan, pengumpulan, dan pendokumentasian mengenai bangunan-bangunan kerajaan, tugu, jam, jambatan, bekas-bekas penempatan, batu-batu nisan lama, batu bersurat dan monumen-monumen lain yang mempunyai kepentingan sejarah.
   
6. Unit Dokumentasi

Membuat penyelarasan bagi pendokumentasian bahan-bahan di Bahagian Penyelidikan dan Dokumentasi mengikut kaedah semasa untuk kemudahan penyelidikan dan rujukan