The Government of Brunei Darussalam
Bahagian Pentadbiran & Pengurusan
Bahagian Penyelidikan & Dokumentasi
Bahagian Penerbitan
Bahagian Sumber
Bahagian Perkhidmatan
Bahagian Penggambaran & Reprograper
Bahagian Perkembangan & Pembelajaran
 
 
Bahagian Pentadbiran dan Pengurusan
Bahagian ini dibahagikan kepada tiga unit iaitu Unit Pentadbiran, Unit Pengurusan dan Keselamatan serta Unit Kewangan. Bahagian ini diketuai oleh Pegawai Tugas-Tugas Khas.
 
Matlamat
Berusaha ke arah kesempurnaan perjalanan pentadbiran dan pengurusan Jabatan secara keseluruhannya, serta menyelaras pengurusan hal-ehwal kakitangan, urusan-urusan kewangan, latihan, sumber tenaga manusia dan perancangan jabatan.
 
Objektif
Berusaha ke arah pembaikan sistem pengurusan dan pentadbiran bagi mencapai keberkesanan dan kecekapan sesuatu tindakan yang akan dibuat.
Menyelaras dan menyusun semula tugas-tugas dan tanggugjawab pegawai-pegawai dan kakitangan di Bahagian Pentadbiran dan Pengurusan dengan tugas-tugas khusus di samping urusan umum supaya memudahkan temapt merujuk sesuatu urusan yang akan dilaksanakan.
Berusaha ke arah pembaikan sistem-sistem, kaedah-kaedah, peraturan-peraturan dan prosedur-prosedur kerja bagi mencapai keberkesanan sesuatu kerja yang dilakukan.
Memperbaiki sistem maklumat pegawai-pegawai/kakitangan terutama sekali catatan-catatan rekod perkhidmatan.
Mengkaji semula sistem failing bagi memudahkan sesuatu rujukan kepada persuratan dan penyaluran fail-fail ke bahagian-bahagian.
 
Fungsi
 
Unit Pentadbiran
Mengurus, mengendali dan melaksanakan perkara-perkara yang berhubung dengan hal-ehwal pengurusan pentadbiran pejabat, surat-menyurat, failing dan hal-ehwal kakitangan, serta urusan sokongan latihan pegawai dan kakitangan.
   
Unit Pengurusan dan Keselamatan
Bertanggungjawab dengan urusan sulit/rahsia dan keselamatan jabatan. Mengendalikan urusan steno dan taip-menaip.
   
Unit Kewangan
Mengurus, mengendalikan hal-ehwal peruntukan tahunan dan perbelanjaan pejabat serta gaji pegawai dan kakitangan, urusan pembayaran, pemesanan/pembelian perkakas/peralatan pejabat dan lain-lain.