Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Announcements

Majlis Doa Kesyukuran Sempena Penubuhan Pusat Sejarah Brunei ke-41
 
Lebih banyak gambar di sini​

Jumaat, 27 Januari 2023 - Genap 41 tahun penubuhan Pusat Sejarah Brunei sebagai sebuah institusi yang mengkaji dan memberigakan sejarah dan Kesultanan Brunei sejak ia ditubuhkan pada 26 Januari 1982. Sehubungan itu sebagai tanda syukur ke hadrat Ilahi, Pusat Sejarah Brunei dengan kerjasama Jawatankuasa Takmir Masjid Kampong Masin dan disokong oleh Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan telah mengadakan Majlis Doa Kesyukuran sempena Penubuhan Pusat Sejarah Brunei ke-41 tahun.

Majlis ini juga merupakan salah satu aktiviti perlaksanaan Pusat Sejarah Brunei sebagai Pusat Kecemerlangan Sejarah dan Kesultanan Brunei pada tahun 2023 selaras dengan Pelan Tindakan Pusat Sejarah Brunei 2021-2024.

Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Yang Mulia Pengiran Haji Mohd Hasnan bin Pengiran Haji Ali Hassan, Setiausaha Tetap (Kebudayaan), Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan. Turut hadir Yang Mulia Dr Siti Norkhalbi binti Haji Wahsalfelah, Timbalan Setiausaha Tetap (Kebudayaan), Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.

Majlis juga dihadiri oleh pegawai dan kakitangan Pusat Sejarah Brunei yang masih berkhidmat, mantan pegawai dan kakitangan Pusat Sejarah Brunei yang sudah bersara dan jawatankuasa takmir masjid berkenaan.

Majlis dimulakan dengan mendirikan Solat Fardhu Asar berjemaah, diikuti dengan bacaan Surah Yaasiin dan Tahlil Arwah serta doa kesyukuran.

Majlis diakhiri dengan penyampaian wakaf hasil daripada sumbangan pegawai dan kakitangan Pusat Sejarah Brunei yang telah disampaikan oleh tetamu kehormat kepada imam Masjid Kampong Masin.​
Attachments
Created at 1/28/2023 9:04 AM by Elbi Saiful Razaimie Mohd Ali
Last modified at 1/28/2023 10:32 PM by Elbi Saiful Razaimie Mohd Ali