Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Rombongan Keluarga ABDB Kunjungi Pusat Sejarah Brunei



Rabu, 23 Disember 2020 - Seramai 51 orang rombongan keluarga Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) mengadakan lawatan sambil belajar sempena cuti penggal persekolahan Disember 2020 ke Pusat Sejarah Brunei.


Rombongan dialu-alukan oleh Pemangku Timbalan Pengetua, Dayang Hajah Fatimah binti Haji Talip dan taklimat mengenai fungsi dan peranan Pusat Sejarah Brunei telah disampaikan oleh pemangku Ketua Unit Pameran dan Lawatan, Dayang Rabi'atul 'Adawiyah binti Haji Suhaili.


Menarik perhatian rombongan terutama sekali kanak-kanak ialah aktiviti permainan kuiz roda sejarah dan seni penulisan khat jawi.

Rombongan juga dibawa melawat ke semua dewan pameran Pusat Sejarah Brunei.


 

Attachments
Created at 12/27/2020 9:02 AM by Elbi Saiful Razaimie Mohd Ali
Last modified at 12/27/2020 9:08 AM by Elbi Saiful Razaimie Mohd Ali