Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Lawatan Guru dan Murid Sekolah Rendah Rataie, Mukim Bukok

IMG-20200924-WA0087.jpg


Rabu, 23 September 2020 - Seramai lima pelajar dan tiga guru dari Sekolah Rendah Rataie, Mukim Bokok, Daerah Temburong meluangkan masa untuk mengunjungi dewan pameran Pusat Sejarah Brunei.


Rombongan tertarik dengan keunikan Batu Tarsilah yang mencatatkan nama-nama sultan Brunei, sejarah awal Brunei, koleksi manuskrip Borneo dan koleksi salasilah hasil penyelidikan Yang Berhormat Pehin Pengetua Pusat Sejarah Brunei seperti yang dipamerkan di Dewan Pameran Salasilah.


Rombongan diberikan penerangan oleh jurupandu atendan pameran. Bagi mematuhi garispandu yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan, semua pelawat dikehendaki untuk membuat imbasan kod QR BruHealth dan menjalani pemeriksaan suhu badan.

Attachments
Created at 9/24/2020 12:13 PM by Elbi Saiful Razaimie Mohd Ali
Last modified at 9/26/2020 10:46 AM by Hanafi Salleh