Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Aktiviti Tanggungjawab Sosial Korporat: Laman Warisan
 

Selasa, 31 Januari 2023 - Pusat Sejarah Brunei (PSB) melalui Bahagian Pentadbiran dan Pengurusan dan Bahagian Pusat Pengkajian Borneo (penBorneo) mengadakan aktiviti tanggungjawab sosial korporat (CSR) di Lamin Warisan, Tanjong Maya, Daerah Tutong.

Aktiviti berkenaan dilaksanakan bertujuan meningkatakn ilmu pengetahuan dan kemahiran serta memupuk hubungan baik antara komuniti dengan matlamat menyumbang kepada kemajuan negara sekaligus menambah nilai kepada kominiti sempena Day of Action (DoA). Aktiviti ini juga adalah salah satu usaha mengetengahkan konsep dan kaedah asas pemeliharaan rekod kertas, agar bahan-bahan rekod dan peninggalan sejarah yang terdapat di Lamin Warisan akan sentiasa terjaga dan terpelihara.




Pengungkayahan aktiviti yang seumpama ini diharap akan dapat lagi meningkatkan dan memperluaskan lagi pembabitan dari pelbagai agensi sama ada Kerajaan atau swasta untuk sama-sama berganding bahu memeduli dan melestari warisan sejarah bangsa dan negara agar terus mekar menjadi ristaan dari satu generasi ke satu generasi seterusnya.

Taklimat dan tunjukcara pemeliharaan rekod kertas disampaikan oleh Awg Muhammad Ataillah bin Haji Julaihi, Pegawai Pemeliharaan manakala taklimat pengenalan ringkas pengkatalogan dan pengkelasan bahan disampaikan oleh Pengiran Ibnu bin Pengiran Haji Zulaihi, Penolong Pegawai Sejarah Tingkat II.

Lebih banyak gambar di sini
Attachments
Created at 2/2/2023 8:37 AM by Elbi Saiful Razaimie Mohd Ali
Last modified at 2/2/2023 9:04 AM by Elbi Saiful Razaimie Mohd Ali