Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

PSB Sertai Acara Fun At The Hub
 
Lebih banyak gambar di sini


13 - 15 Disember 2022 - Pusat Sejarah Brunei (PSB) turut serta memeriahkan acara hujung tahun dan cuti penggal persekolahan ketiga tahun 2022 melalui acara Fun At The Hub yang dikendalikan oleh Sparks Co.

Selama tiga hari berturut-turut, PSB mengadakan kuiz interaktif yang berkisar mengenai sejarah minyak di Brunei dan sejarah am. Disamping itu aktiviti susun suai gambar juga disediakan bagi menarik perhatian pengunjung.

Bukan itu saja, pada hari pertama bahagian Pusat Pengkajian Borneo (penBORNEO) turut serta memeriahkan acara ini dengan menyajikan peta kepulauan Borneo yang dijadikan susun suai gambar. Hari kedua pula bahagian Penyelidikan dan Dokumentasi mengisi ruang aktiviti penyusunan salasilah dan aktiviti memadankan nama Sultan-Sultan Brunei beserta gelarannya. Manakala hari ketiga pula Unit Pemasaran berkesempatan untuk mempromosi buku-buku terbitan PSB.

Acara diakhiri dengan permainan uji minda menggunakan Kahoot yang dikendalikan oleh Sparks Co.
Attachments
Created at 12/22/2022 5:06 PM by Elbi Saiful Razaimie Mohd Ali
Last modified at 12/22/2022 5:11 PM by Elbi Saiful Razaimie Mohd Ali