Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Cabaran Meneroka Sejarah

Khamis, 08 Disember 2022 - Bagi mengisi acara cuti sekolah penggal ketiga tahun 2022 ini, Pusat Sejarah Brunei telah mengadakan satu aktiviti yang dikenali sebagai Cabaran Meneroka Sejarah.

Aktiviti dikendalikan oleh empat orang pelajar IBTE Kampus Sultan Saiful Rijal dan Politeknik Brunei yang merupakan pelajar program penempatan kerja di Pusat Sejarah Brunei dengan kerjasama Bahagian Perpustakaan dan Pembelajaran, Pusat Sejarah Brunei.

Seramai 24 orang peserta yang terdiri daripada 12 kumpulan daripada golongan belia berusia diantara 15 hingga 35 tahun. Setiap kumpulan dikehendaki untuk menjawab tiga soalan yang diperolehi pada setiap titik pemeriksaan (checkpoint).

Peserta akan mencari jawapan berdasarkan soalan yang diberikan pada galeri-galeri dan perpustakaan Pusat Sejarah Brunei. Tiga peserta pertama yang berjaya mengharungi cabaran ini berpeluang memenangi hadiah menarik.

Attachments
Created at 12/13/2022 10:14 AM by Elbi Saiful Razaimie Mohd Ali
Last modified at 12/13/2022 10:30 AM by Elbi Saiful Razaimie Mohd Ali