Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Bicara Sejarah: Tokoh Belia



Selasa, 13 September 2022 -​ Pusat Sejarah Brunei melalui Bahagian Penyelidikan dan Dokumentasi telah mengadakan Program Bicara Sejarah: Tokoh Belia dengan tema "Sejarah Asas Kejayaan dan Kecemerlangan" bersempena Festival Hari Belia Kebangsaan Negara Brunei Darussalam ke-17, tahun 2022.

 

Hadir selaku tetamu khas ialah Yang Mulia Pengiran Haji Mohd Hasnan bin Pengiran Haji Ali Hassan, Setiausaha Tetap (Kebudayaan), Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.

Turut hadir Yang Mulia Haji Zakaria bin Haji Serudin, Setiausaha Tetap (Kebeliaan), Yang Mulia Dr Siti Norkhalbi binti Haji Wahsalfelah, Timbalan Setiausaha Tetap (Kebudayaan) dan Yang Mulia Awang Suip bin Haji Abdul Wahab, Pemangku Pengarah Dewan Bahasa & Pustaka, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.

Dua orang panel dijemput bagi mengongsikan pengalaman kejayaan mereka iaitu Yang Mulia Awang Haji Syed Mohd. Yassin bin Haji Syed Anayatullah Shah dan Yang Mulia Awang Haji Loqman Al-Hakim  bin Haji Hamdan.

Attachments
Created at 10/4/2022 2:37 PM by Elbi Saiful Razaimie Mohd Ali
Last modified at 10/4/2022 2:43 PM by Elbi Saiful Razaimie Mohd Ali