Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Lawatan Pertukaran Pegawai Penerangan dan Media Personel, Thailand

Khamis, 25 Julai - Pusat Sejarah Brunei telah menerima lawatan rasmi dari para pegawai yang terlibat dalam Program Kerjasama Dalam Bidang Penerangan Antara Negara Brunei Darussalam dengan Kerajaan Thailand: Program Pertukaran Pegawai Penerangan dan Media Personel, Thailand ke Negara Brunei Darussalam.


Seramai 3 orang pegawai dari kerajaan Thailand diiringi oleh 6 orang pegawai dari Jabatan Penerangan, Negara Brunei Darussalam telah dialu-alukan oleh Ketua Bahagian Pameran dan Perkhidmatan, Pengiran Hajah Mahani binti Pengiran Haji Ahmad.


Rombongan dibawa melawat ke dewan Pameran Salasilah, Pameran Koleksi Manuskrip Borneo, Pameran Sejarah Brunei Tua, Pameran Era Kegemilangan Brunei, Pameran Perlembagaan 1959 dan pameran berkala Nama-Nama Sultan Brunei dalam Kaligrafi.


Bagi mendedahkan lebih dekat lagi dengan fungsi dan peranan Pusat Sejarah Brunei, rombongan telah diberikan demonstrasi takapan batu nisan dan teknik penyusunan salasilah yang dikendalikan oleh Bahagian Penyelidikan dan Dokumentasi.

Attachments
Created at 7/25/2019 8:03 PM by Elbi Saiful Razaimie Mohd Ali
Last modified at 8/1/2019 2:43 PM by Muhd. Hafizul 'Ilmi Bin Hj Zaini @ Zatul Hilmi