10 & 17 Mac 2021 - Lebih 150 orang mahasiswa dan mahasiswi Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) mengadakan lawatan sambil belajar ke Pusat Sejarah Brunei. Rombongan pertama mengadakan lawatan pada 10 Mac 2021 dan dialu-alukan serta diberikan taklimat oleh Pegawai Sejarah, Yang Mulia Dayang Hajah Siti Aisah binti Pungut.
Manakala rombongan kedua pula mengadakan lawatan pada 17 Mac 2021 dan dialu-alukan oleh Pegawai Sejarah Kanan, Yang Mulia Awang Mohammad Faisal bin Haji Mat Salleh. Rombongan kemudiannya diberikan taklimat oleh Yang Mulia Awang Mohammad Hazwan bin Kampong.