
Khamis, 22 Mei 2025 - Pusat Sejarah Brunei menerima lawatan daripada 30 pegawai dan kakitangan PETRONAS Carigali Brunei Ltd (PCBL). Ucapan alu-aluan disampaikan oleh Dr. Awang Haji Muhammad Hadi bin Muhammad Melayong, Pengetua Pusat Sejarah Brunei, diikuti oleh Puan Nenisurya binti Dato’ Hashim, Country Head PCBL, dan seterusnya menyampaikan cenderamata kepada Pengetua dan Awang Mohammad Faisal bin Haji Mat Salleh, Pemangku Timbalan Pengetua Pusat Sejarah Brunei.